Kelebihan Bulan Ramadhan



Bismillahirrahmanirrahim...


Tidak sampai beberapa hari lagi umat Islam diseluruh dunia akan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Begitu juga saya yang akan menyambut Ramadhan diperantauan. Disini saya ingin berkongsi pada rakan2 yang lain mengenai kelebihan bulan Ramadhan. Semoga ianya menjadi panduan kepada kita sebagai umat Islam dalam mendekatkan diri kepada Allah swt dan menghayati Ramadhan dengan penuh khusyuk dan tawaduk, Insha'Allah.


Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.


Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya adalah dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan. Bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping mendirikan solat sunat, istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya, dia akan mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah yang tertinggi dari Allah SWT.


Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :


(Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :


(Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)


Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya. Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!


Pada malam Lailatul Qadar, Allah SWT menyuruh Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.


Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada malaikat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).


Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :


a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)


Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)


Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).


Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)


Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)


Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
- Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)
- Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
- Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
- Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)
- Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)
- Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)
Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)


Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)


Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)


Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa. Semoga setiap perbuatan ibadah dipermudahkan oleh Allah SWT, Insha'Allah..


"Marhaban Ya Ramadhan"

Bahagian 2: Apa itu Khilafah?





Bismillahirrahmanirrahim..

Khalifah bukanlah kerajaan yang mementingkan satu wilayah dengan mengorbankan wilayah lain. Nasionalisme dan rasisme tidak memiliki tempat dalam Islam, dan hal itu diharamkan. Seorang Khalifah boleh berasal dari kalangan mana saja, ras apa pun, warna kulit apapun, dan mazhab manapun yang penting dia adalah Muslim. Khilafah memang memiliki karakter ekspansios, tapi Khilafah tidak melakukan penaklukan wilayah baru untuk tujuan menjarah kekayaan dan sumber daya alam wilayah lain. Khilafah memperluas kekuasaanya sebagai bagian dari kebajikan luar negerinya yaitu menyebarkan risalah Islam.

Khilafah sama sekali berbeza dengan sistem Republik yang kini secara luas dipraktikkan di dunia Islam. Sistem Republik didasarkan pada demokrasi dimana kedaulatan berada pada tangan rakyat. Ini bererti, rakyat memiliki hak untuk membuat hukum dan konstitusi.Didalam Islam, kedaulatan berada pada tangan Syariat. Tidak ada satu orang pun dalam sistem Khilafah bahkan termasuk Khalifahnya sendiri yang boleh melegislasi hukum yang bersumber dari fikirannya sendiri.

Khilafah bukan negara totaliter. Khilafah tidak boleh memata-matai rakyatnya sendiri baik itu yang Muslim atau yang bukan Muslim. Setiap orang dalam Negara Khilafah berhak menyampaikan ketidaksetujuannya terhadap kebajikan-kebajikan negra tanpa harus merasa takut akan ditahan atau dipenjara. Penahanan dan penyiksaan tanpa melalui proses peradilan adalah hal yang terlarang.

Khilafah tidak boleh menindas kaum minoriti. Orang-orang bukan Muslim dilidungi oleh negara dan tidak boleh dipaka meninggalkan keyakinnya untuk kemudian memeluk agama Islam. Rumah, nyawa dan harta mereka tetap mendapat perlindungan dari negara dan tidak seorang pun boleh melanggar aturan ini. Imam Qarafi, seorang ulama salaf merangkum tanggugjawab Khalifah terhadap kaum dzimmi:"Adalah kewajiban seluruh umat Muslim terhadap orang-orang dzimmi untuk melindungi mereka yang lemah, memenuhi kebutuhan mereka yang miskin, memberi makan yang lapar, memberikan pakaian, menegur mereka dengan santun dan bahkan menoleransi kesalahan mereka bahkan jika itu berasal dari tetangganya, walaupun tangan umat Muslim sebetulnya berada diatas (kerana faktanya itu adalah negara Islam). Umat Muslim juga harus menasihati mereka dalam urusannya dan melindungi mereka dari ancaman siapa saja yang berupaya menyakiti mereka atau keluarganya, mencuri harta kekayaannya atau melanggar hak-haknya.

Dalam sistem Khilafah, wanita tidak berada pada posisi inferior atau menjadi warga kelas kedua. Islam memberikan hak bagi wanita untuk memiliki kekayaan, hak pernikahan dan perceraian sekaligus memegang jawatan di masyarakat. Islam menetapkan aturan berpakaian yanag khas bagi wanita iaitu khimar atau jilbab, dalam rangka membentuk masyarakat yang produktif serta bebas dari pola hubungan negatif dan merosak seperti yang terjadi di Barat.

Menegakkan Khilafah dan menunjuk seorang Khalifah adalah kewajipan bagi setiap Muslim diseluruh dunia, lelaki dan perempuan. Melaksanakan kewajiban ini sama saja seperti menjalankan kewajiban lain yang telah Allah SWT perintahkan kepada kita, tanpa boleh merasa puas kepada diri sendiri. Khilafah adalah persoalan vital bagi kaum Muslim.

Khilafah yang akan datang akan melahirkan era baru yang penuh kedamaian, stabiliti dan kemakmuran bagi dunia Islam, mengakhiri tahun-tahun penindasan oleh para tiran paling kejam yang pernah ada dalam sejarah. Masa-masa kolonialisme dan eksploitasi dunia Islam pada akhirnya akan berakhir, dan Khilafah akan menggunakan seluruh sumber daya untuk melindungi kepentingan Islam dan umat Muslim sekaligus menjadi alternatif pilihan rakyat terhadap sistem Kapitalisme.


Bahagian 1: Apa itu Khilafah ?


Bismillahirramahnirrahim...



Ramai yang tertanya-tanya apa itu Khilafah dan kenapa perlu adanya Khilafah dalam dunia Islam. Di sini saya akan mengupaskan sedikit sebanyak berkenaan Khilafah dan pentingnya pembentukan Khilafah dalam sistem politik Islam agar umat Islam tahu secara terperinci bahawa Khilafah adalah satu sistem pemerintahan Islam yang diredhai oleh Allah SWT dan pelaksanaanya hanyalah berdasarkan kepada sunnah Rasulullah saw.

Khilafah adalah kepemimpinan umum bagi seluruh umat Muslim di dunia. Khilafah bertanggungjawab menerapkan hukum Islam dan menyampaikan risalah Islam ke seluruh muka bumi. Khilafah terkadang juga disebut Imamah, dua kata ini mengandungi pengertian yang sama dan banyak digunakan dalam hadis-hadis sahih.

Sistem pemerintahan Khilafah tidak sama dengan sistem mana-mana pun yang ada sekarang di dunia Islam. Meskipun banyak pengamat dan sejarawan berupaya menginterpretasikan Khilafah menurut kerangka politik yang ada sekarang ini, tetap saja hal itu tidak berhasil kerana memang Khilafah adalah sistem politik yang khas.

Khalifah adalah kepala negara dalam sistem Khilafah. Dia bukanlah raja atau diktator melaikan seorang pemimpin terpilinh yang mendapat otoritas kepepimpinan dari umat Muslim yang secara ikhlas memberikannya berdasarkan kontrak politik yang khas iaitu bai'at. Tanpa bai'at, seseorang tidak boleh menjadi kepala negara. Ini sangat berbeza dengan konsep raja atau diktator yang menerapkan kekuasaan dengan cara paksa dan kekerasan. Contohnya boleh dilihat pada para raja dan diktator dunia Islam pada masa ini yang menahan dan menyiksa umat Muslim serta menjarah kekayaan dan sumber daya milik umat.

Kontrak bai'at mengharuskan Khalifah untuk bertindak adil dan memerintah rakyatnya berdasarkan syariat Islam. Dia tidak memiliki kedaulatan dan tidak dapat melegislasi hukum dari pendapatnya sendiri yang sesuai dengan kepetingan peribadi dan keluarganya. Setiap undang-undang yang hendak dia tetapkan haruslah berasal dari sumber hukum Islam yang digali dengan metodologi yang terperinci yaitu Ijtihad. Apabila Khilafah menetapkan aturan yang bertetangan dengan sumber hukum Islam atau melakukan tindakan opresif terhadap rakyatnya, maka pengadilan tertinggi dan paling berkuasa dalam sistem Negara Khilafah iaitu Makhamah Mazhalim dapat memberikan impeachment kepada Khalifah dan menggantikannya.

Sebahagian lain menyamakan Khalifah dengan Paus, seolah-olah Khalifah adalah Pemimpin Spiritual umat Muslim yang sempurna dan ditunjuk oleh Tuhan. Ini tidak tepat kerana Khalifah bukanlah pendeta, Jabatan Eksekutif dalam pemerintahan Islam. Dia tidak sempurna dan tetap bertpotensi melakukan kesalahan. Itu sebabnya dalam sistem Islam banyak sarana check and balance untuk memastikan agar Khalifah dan jajaran pemerintahanya tetap akuntabel.

Khalifah tidak ditunjuk oleh Allah SWT, tetapi dipilih oleh umat Muslim dan memperoleh kekuasaannya melalui akad bai'at. Sistem Khilafah bukanlah sistem teokrasi. Konstitusinya tidak terbatas pada masalah agama dan moral sehingga mengabaikan masalah-masalah sosial, ekonomi, kebajikan luar negeri dan peradilan. Kemajuan ekonomi, penghapusan kemiskinan dan peningkatan pencapaian hidup masyarakat adalah tujuan-tujuan yang hendak direalisasikan oleh Khilafah. Ini sangat berbeza dengan sistem teokrasi kuno di zaman pertengahan Eropah dimana kaum miskin dipaksa bekerja dan hidup dalam kondisi memprihatinkan dengan imbalan berupa janji-janji surgawi. Secara sejarahnya, Khilafah terbukti sebagai negara yang kaya raya, sejahtera, dengan perekonomian yang makmur, pencapaian hidup yang tinggi dan menjadi pemimpin dunia dalam bidang industri serta riset ilmiah selama berabad-abad.




Ahli-ahli panel..

Bismillahirrahmanirrahim...


Pada 2hb Ogos 2009 bersamaan pada hari Ahad, saya telah menghadiri satu persidangan bertajuk "The Strunggle for Islam and the Call for Khilafah" yang di anjurkan oleh Parti Liberal Britain iaitu Hizb ut-Tahrir Britain. Persidangan ini mendapat sambutan yang hangat dari kalangan penduduk Islam Britain. Persidangan ini juga di buat terus melalui 'live stream' di mana dapat di tonton secara 'online' di seluruh dunia.

Persidangan ini bermula pada jam 11.45am, di mulai dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Selepas itu pada 12.05-12.20am, Pengerusi Majlis iaitu Dr Abdul Wahed memulakan ucapan beliau mengenai agenda global sekarang ini yang di ketuai oleh Amerika dan Eropah untuk menghalang Islam dari membangun dan tegak berdiri dalam dunia Muslim. Mereka juga dengan secara tiba-tiba menyerang kepentingan Islam, Syariah dan juga Akidah Islam. Pengerusi majlis juga telah memberikan penerangan bagaimana perkara seperti ini berlaku dan panduan bagaimana Muslim perlu memberikan tindakan.

Selepas itu, pada jam 12.25-12.50am, perucap pertama iaitu Sajjad Khan memberikan ucapan yang bertajuk "The Need for a New Politics in the Muslim world", ianya berkenaan perbelanjaan yang melampaui batas oleh MP dan seluruh Ibu Parlimen British dan ini menunjukkan bertapa banyak rasuah dalam sistem kapitalis demokratik. Sistem politik dalam Islam juga adalah salah satu bentuk peniruan replika sistem kapitalis politik. Di sini, Sajjad Khan juga menerangkan bagaimana beliau akan membentuk satu sistem untuk politik baru yang berpandukan kepada Sunnah Nabi Muhammad saw iaitu Negeri Khilafah di mana politik adalah bergantung kepada kebertanggungjawaban kepada masyarakat, peraturan undang-undang dan keadilan.

Selepas itu, pada jam 12.55-13.20am, perucap kedua iaitu Taji Mutapha memberikan ucapan yang bertajuk "A Special Address to the Muslim Youth", ianya berkenaan di mana belia Muslim sekarang berhadapan dengan penyerang ke atas Islam. Dalam kata kunci di sini beliau cuba menerangkan bagaimana belia Islam adalah sentiasa menjadi kunci pada masa depan Ummah nanti. Beliau juga memberitahu bahawa belia Islam perlu menjadi salah seorang yang di mana secara rahsia membawa dakwah Islam dalam persatuan dengan mengikuti contoh seperti Sahabat r.a, meskipun semua propaganda dan penindasan berdiri dengan gagah bersama dengan Nabi Muhammad saw di Mekah. Dalam erti kata lain, Nabi Muhammad saw sanggup berhadapan dengan semua propaganda Kafir dalam menyebarkan dan menegakkan Islam.


Dr Nasreen Naswab ketika memberikan ucapan..

Selepas itu, pada jam 14.40-15.05pm, perucap ketiga iaitu Dr Nasreen Naswab memberikan ucapan yang bertajuk "To Cover or Not to Cover-Unveiling the smokescreen on Women's lib". Beliau menerangkan selepas Sarkosy serang berkaitan tudung/hijab, terdapat kesungguhan lain oleh media asing terhadap hijab dan wanita Muslim. Di sini Dr Nasreen juga mendedahkan frasa liberalisasi wanita di Barat dan menghuraikan bagaimana Islam benar-benar memudahkan wanita pada 1400 tahun yang lampau Iaitu tiada paksaan dalam Islam). Dr Nasreen juga mengariskan peranan penting yang perlu di mainkan oleh wanita Islam dalam menghadapi kekuatan untuk Islam di barat.


Jamal Harwood ketika berucap mengenai ekonomi dan penyelesaiannya..

Selepas itu, pada jam 15.10-15.35pm, perucap keempat iaitu Jamal Harwood memberikan ucapan yang bertajuk "A New Economic Model for the Muslim World". Di sini beliau menerangkan bahawa bencana kejatuhan ekonomi mendedahkan kapitalis ekonomi adalah sumber ketidakstabilan, ketidakadilan dan berlaku kemiskinan berleluasa di seluruh dunia. Dalam sesi ini juga, Jamal Harwood menerangkan siri praktikal menangani masalah ekonomi yang di persoalkan oleh orang ramai dalam bentuk yang berlainan dalam demostrasi dunia Muslim, bagaimana Islam dan Negeri Khilafah adalah penyelesaian yang benar kepada global krisis kewangan.


Penerangan mengenai Sistem Khilafah dalam Islam..

Akhir sekali, huraian penutup persidangan ini mengariskan bagaimana untuk mengukuhkan Negeri Islam, Khilafah, adalah pendedahan yang berlaku dalam dunia umat Muslim pada sekarang ini. Perkara yang perlu untuk mengukuhkan Negeri adalah berdasarkan kepada Sunnah Nabi Muhammad saw, di mana tiada kekejaman intelektual dan kekuatan politik untuk mengukuhkan Deen di Madinah. Ini adalah tindakan yang umat Islam perlu ikuti jika mahu berjaya. Muslim di barat mempunyai ruang untuk memainkan peranan dalam kekuatan idea di barat dan menyokong ruang kerja dalam mengukuhkan Negeri dalam dunia Muslim. Insha'Allah..


Buku-buku yang di jual sewaktu persidangan...

Buku-buku yang di jual di sini hanya berharga £3 je..murahkan..

Salah satu buku yang sempat saya belek dan beli...







P/S: Semua buku-buku ini sangat menarik, klu berminat nk baca belilah, xmahal pun dan harga baru je £3. Berbelanjalah pada jalan yang di redhai Allah swt..Selamat membeli dan membaca... ;-)