Persidangan "The Strunggle for Islam and the Call for Khilafah"
Posted by القيسية (Al Qaysiyya) at Monday, August 03, 2009Selepas itu, pada jam 14.40-15.05pm, perucap ketiga iaitu Dr Nasreen Naswab memberikan ucapan yang bertajuk "To Cover or Not to Cover-Unveiling the smokescreen on Women's lib". Beliau menerangkan selepas Sarkosy serang berkaitan tudung/hijab, terdapat kesungguhan lain oleh media asing terhadap hijab dan wanita Muslim. Di sini Dr Nasreen juga mendedahkan frasa liberalisasi wanita di Barat dan menghuraikan bagaimana Islam benar-benar memudahkan wanita pada 1400 tahun yang lampau Iaitu tiada paksaan dalam Islam). Dr Nasreen juga mengariskan peranan penting yang perlu di mainkan oleh wanita Islam dalam menghadapi kekuatan untuk Islam di barat.
Jamal Harwood ketika berucap mengenai ekonomi dan penyelesaiannya..
Selepas itu, pada jam 15.10-15.35pm, perucap keempat iaitu Jamal Harwood memberikan ucapan yang bertajuk "A New Economic Model for the Muslim World". Di sini beliau menerangkan bahawa bencana kejatuhan ekonomi mendedahkan kapitalis ekonomi adalah sumber ketidakstabilan, ketidakadilan dan berlaku kemiskinan berleluasa di seluruh dunia. Dalam sesi ini juga, Jamal Harwood menerangkan siri praktikal menangani masalah ekonomi yang di persoalkan oleh orang ramai dalam bentuk yang berlainan dalam demostrasi dunia Muslim, bagaimana Islam dan Negeri Khilafah adalah penyelesaian yang benar kepada global krisis kewangan.
Penerangan mengenai Sistem Khilafah dalam Islam..
Akhir sekali, huraian penutup persidangan ini mengariskan bagaimana untuk mengukuhkan Negeri Islam, Khilafah, adalah pendedahan yang berlaku dalam dunia umat Muslim pada sekarang ini. Perkara yang perlu untuk mengukuhkan Negeri adalah berdasarkan kepada Sunnah Nabi Muhammad saw, di mana tiada kekejaman intelektual dan kekuatan politik untuk mengukuhkan Deen di Madinah. Ini adalah tindakan yang umat Islam perlu ikuti jika mahu berjaya. Muslim di barat mempunyai ruang untuk memainkan peranan dalam kekuatan idea di barat dan menyokong ruang kerja dalam mengukuhkan Negeri dalam dunia Muslim. Insha'Allah..
Buku-buku yang di jual sewaktu persidangan...
Salah satu buku yang sempat saya belek dan beli...
P/S: Semua buku-buku ini sangat menarik, klu berminat nk baca belilah, xmahal pun dan harga baru je £3. Berbelanjalah pada jalan yang di redhai Allah swt..Selamat membeli dan membaca... ;-)
Post a Comment