Perhimpunan Keluarga 09~~Rochdale

Perhimpunan Keluarga 09

Bismillahirrahmanirrahim...


Pada 24hb July 09 yang lalu, Persatuan Melayu UK telah mengadakan program Perhimpunan Keluarga selama 4 hari 3 malam bertempat di Ashworth Valley, Campsite, Hurst Farm Rochdale. Kebanyakkan peserta yang menyertai program ini adalah dari kalangan Melayu, Pakistan, Bengali dan lain2. Lebih kurang 80 peserta yang menyertai program ini termasuk kanak2 dan remaja. Dan saya juga adalah salah seorang dari peserta yang mengikuti program itu.

Program ini juga telah mengadakan dua sesi aktiviti yang menarik iaitu indoor dan outdoor untuk kanak2, remaja dan dewasa. Kebanyakkan aktiviti outdoor adalah seperti Introduction to Karate I and II, Grass Sledging, Pioneering I (adult) / Sports Race (children), Waterfight, Wall Climbing, dan Archery.

Manakala aktiviti indoor pula adalah seperti Speech and Briefing, Team Building, Free First Aid course, Launch of Mentoring Scheme, Motivational Time, Motivational workshop, Introduction to PISANG, dan Evaluation.

Selain itu, aktiviti lain seperti BBQ dan Melayu UK summer fete (Malay local foods) juga berjaya menarik perhatian para peserta. Saya boleh katakan bahawa makanan yang disediakan memang sungguh sedap dan lazat seperti berada di Malaysia. Sepatutnya aktivit fete di buat di luar dewan iaitu berdekatan dengan khemah tetapi disebabkan oleh hujan renyai jadi terpaksa dibatalkan dan dibuat didalam dewan. Alhamdulilah, walaupun cuaca kurang elok aktiviti tetap berjalan dengan lancar seperti campfire.

Walaupun terasa penat sepanjang hari tetapi keseronokkan berada bersama-sama dengan unit keluarga membuatkan penat dan keletihan sekaligus hilang. Dan yang paling penting dengan adanya program ini ianya dapat mengikat hubungan silaturrahim sesama Muslim walaupun berlainan bangsa dan negara. Alhamdulilah, saya benar2 menghayati program ini sehingga ke penghujung. Semoga program seperti ini akan berterusan pada masa akan datang, Insha'Allah..




Meluncur dari bukit (permainan untuk kanak2)




yang seronoknya bapak org pun main benda ni..heee
England vs Egypt



Semua ni sebenarnya tgh tgu giliran nak naik..huhuu



Permainan tenis kecil pun ada juga..



Aktiviti memanah juga tidak ketinggalan..




Tak dapat panjat gunung, panjat ni pun bole..kena bayar £5..



Sesi berkarate..hehee..sape lg klu bukn kiteorg..



Pelbagai makanan yg enak ada di jual...hehee



Makanan melayu di masak oleh org melayu...Sedap... :D




Sesi menghidupkan api beramai-ramai...



Sesi perkenalan berkenaan PISANG..gambar kabur skit sbb kamera kawan ada masalah...




Aktiviti berkumpulan...



Sesi motivasi Islam..

p/s: Sebenarnya ada bnyak lg gmbr yg boleh ditgk..tetapi disebabkan kena upload bnyak lg..jadi upload la gmbr yg penting je utk tatapn para pembaca ye... ;) Sekian, terima kasih..