Pantang DiTanya Terus Berfatwa


Bismillahirrahmanirrahim,

Suatu ketika Amirul Mukminin 'Umar bin al-Khattab keluar menuju ke Syam bersama-sama sejumlah teman-temannya termasuk Abu 'Ubaidah al-Jarraah. Kemudian mereka tiba di tebing sungai. 'Umar turun dari untanya, kemudian menanggal dan meletakkan kasutnya di bahu. Lalu ditarik tali kekang untanya sambil menyeberangi sungai tersebut.

Melihat hal itu, Abu 'Ubaidah al-Jarrah lantas bersuara: "Wahai Amirul Mukminin, engkau tanggalkan kasutmu, lalu diletakkan di atas bahu. Engkau tarik tali kekang untamu, kemudian engkau menyeberangi sungai ini. Aku dapat rasakan, jika penduduk Syam melihat keadaanmu ini, mereka tidak akan memuliakanmu.

'Umar bin al-Khattab seraya berkata: "Sekiranya yang berkata seperti ini, orang selain darimu, nescaya aku akan memukulnya sebagai pengajaran ke atas umat Muhammad. Dahulu kita merupakan kaum yang hina, kemudian Allah muliakan kita dengan Islam. Oleh itu, apa jua usaha untuk mencari kemuliaan selain Islam, maka Allah akan meletakkan kita dalam kehinaan." (riwayat al-Hakim)

Tidak hairanlah jika manusia seperti ini ditakuti syaitan, sebagaimana sabda Nabi Muhammad, maksudnya: "Jika syaitan bertemu denganmu di suatu jalan, nescaya dia akan memilih jalan yang lain." (hadis riwayat al-Bukhari).

Bagi 'Umar bin al-Khattab agama Islam merupakan satu kemuliaan paling besar dalam seluruh kehidupannya. Beliau menampilkan Islam bukan sahaja pada perwatakan peribadi bahkan dalam urusan politik, ekonomi, ketenteraan, sistem pentadbiran dan muamalat. Inilah bukti bahawa kehidupan 'Umar sesuai dengan fitrahnya iaitu Islam.

Sabda Nabi Muhammad, maksudnya: "Tiada satu pun anak yang lahir kecuali dilahirkan dalam keadaan fitrah. Orang tuanyalah yang menjadikan dia yahudi, nasrani atau majusi." (hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ibnu Hajar al-'Asqalaani berkata: "Pendapat paling masyur dalam pengertian fitrah adalah Islam." (Fathul bari Syarh Shahih al-Bukhari)

Kekuatan bukan pada kuantiti

Apabila Islam dimuliakan pasti Muslim beroleh kejayaan. Tetapi apabila Islam dipinggirkan pasti Muslim beroleh kehinaan. Sejarah telah membuktikan ketika pemerintah 'Umar, empayar Islam berkembang dengan pesat; Mesopotamia, Syam, empayar Parsi, Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara dan Armenia berjaya ditawan olehnya. Sebanyak 1036 bandar ditawan dan 4,000 masjid dibina.

Kekuatan umat Islam pada ketika itu terbukti apabila berlaku peperangan Yarmuk menyaksikan tentera Islam yang berjumlah 40,000 orang telah berjaya menumpaskan tentera Byzantine yang berjumlah 120,000 orang. Hanya berbekalkan iman dan takwa mereka berjaya. Jelaslah bahawa kekuatan sebenar bukan terletak pada kuantiti sebaliknya pada kualiti seorang pejuang.


Firman Allah, maksudnya: "Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah." (surah al-Baqarah, 2: 249).

Ibnu Kathir ketika menafsirkan ayat ini berkata: "Janji Allah pasti benar, dan sesungguhnya pertolongan dari Allah tidaklah bergantung kepada kuantiti atau kelengkapan perang". (Tafsir al-Quran al-'Adzhim). Maksudnya, apabila Allah menghendaki kemenangan sesuatu golongan, maka ia pasti berlaku walaupun jumlah mereka kecil atau kelengkapan mereka kurang.

Hari ini, jumlah atau kuantiti menjadi satu medium penting manusia untuk mencapai apa yang dicita. Politik hari ini sentiasa cintakan jumlah. Kukuhnya ekonomi juga bergantung kepada jumlah. Kekuatan tentera hari ini turut bergantung kepada jumlah.

Tetapi manusia lupa tingkatkan jumlah iman di hati. Menyebabkan segala jumlah yang ada sia-sia. Tiada usaha untung menghitung jumlah iman. Seruan untuk iman hanyalah selingan, dunia diberi keutamaan dan kemenangan sering didoakan. Jika keadaan seperti ini berterusan, bagaimana nak harapkan bantuan Allah ke atas kalian? Agama seolah-olah hak ekslusif.

Bantuan Allah datang bersyarat, firman-Nya, bermaksud: "jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (surah Muhammad, 47:7)

Penolong agama Allah pasti akan dibantu, bahkan akan diperkukuhkan kedudukannya di atas muka bumi. Bantuan yang Allah janji pasti kekal abadi, bantuan manusia hanyalah drama bersifat sementara. Jika kita beriman pada ayat di atas, bertanyalah; Apa ada pada jumlah jika kualitinya tiada?

Sebagai contoh, jumlah ahli parti yang ramai tetapi tidak berilmu, maka perjuangan tidak akan konsisten. Penulis tidak nafikan bahawa sebahagian daripada mereka ikhlas dalam membantu parti masing-masing, tetapi jika keikhlasan tersebut tidak dianyam dengan dengan ilmu pengetahuan, maka kegagalan bakal tiba.Sebahagian yang berilmu pula fanatik dan berminda sempit. Mana mungkin perpaduan terhasil. Bahkan mereka menjadikan agama seolah-olah hak ekslusif. Agama milik kami. Apa yang kamu lakukan bukan Islam, apa yang kami laksanakan semua Islam. Itulah perkataan-perkataan sumbang bukti kedangkalan mereka. Dan yang membimbangkan lahirnya ideologi neo-khawarij, apabila wujud sikap kafir mengkafir dan sering mencari kesalahan orang lain.

Paling bermasalah adalah yang tidak berilmu mengaku berilmu, pantang ditanya terus berfatwa. Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kenyataan seorang tokoh ilmuan tersohor di Malaysia: "tindakan Perlis keluar dari jamaah dan mengambil jalan sendiri kononnya mengembangkan Islam tanpa mazhab adalah salah dan mesti ditentang."

Perlembagaan negeri Perlis sebenarnya menyatakan ketidakterikatan dengan mana-mana mazhab. Maksudnya, Perlis menerima semua mazhab Ahli Ssunnah wal Jamaah. Perlis menerima Mazhab Hanafi, Maliki, Syafie, Hanbali dan seluruh mazhab-mazhab yang dipelopori oleh Ahlu Sunnah. Bahkan, perlembagaan ini tidak bercanggah dengan mana-mana artikel dalam perlembagaan persekutuan.

Ini menunjukkan bahawa Perlis mengamalkan dasar terbuka dan menghormati semua ulama. Penulis tidak bermaksud menyentuh perlembagaan negeri lain. Itu terpulang kepada hak masing-masing. Yang paling penting perlu ada sikap hormat-menghormati antara satu dengan yang lain walau berbeza pandangan. Jangan kerana kejumudan ia membawa kepada perpecahan tercela.

Malu dengan agama sendiri

Hal ini mengingatkan penulis kepada satu hadis Nabi, maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan ilmu (di atas dunia) dengan mengangkatnya. Sebaliknya, Allah menghilangkan ilmu dengan mematikan ulama. Lalu manusia melantik si jahil sebagai ketua mereka, kemudian ditanya soalan kepada si jahil. Maka si jahil mengeluarkan fatwa tanpa ilmu, maka dia telah sesat lagi menyesatkan." (hadis riwayat al-Bukhari).

Oleh itu, sekiranya jumlah yang banyak tidak diisi dengan ilmu akidah, ibadah dan akhlak, maka kejayaan sesuatu kaum hanyalah mimpi yang indah. Inilah janji Allah Ketiga-tiga elemen ini hendaklah disekalikan agar wujud kader-kader yang mantap. Tinggalkan sikap berilmu tapi tidak berakhlak, atau berakhlak tetapi tidak berilmu.


Contoh yang lain, manusia hari ini juga menjadikan kelengkapan perang, nuklear, atom, jet dan lain-lain sebagai kayu ukur kekuatan ketenteraan sesebuah negara. Iran negara Syiah digeruni dengan nuklearnya, perselisihan antara Korea Utara dan Korea Selatan kerana nuklear. Rusia dan Amerika ditakuti kerana kelengkapan senjatanya.

Jika rasa takut pada manusia kita dahulukan, maka kita akan mengutamakan jumlah kekuatan, persiapan dan kelengkapan senjata. Tetapi jika rasa takut pada Allah kita utamakan, maka usaha untuk melahirkan pejuang-pejuang yang ikhlas, beriman lagi beramal soleh lebih dititikberatkan. Oleh itu rasa takut yang mana perlu kita dahulukan? Ingat, janji Allah bersyarat. Hairan, di mana iman umat Islam pada ayat-ayat Allah?

Pejuang terdahulu dilatih dengan iman dan takwa, pejuang kini dilatih dengan harta dan kuasa. Pejuang dahulu ikhlas kerana agama, pejuang kini menjunjung dunia. Pejuang dahulu tewas sebagai syuhada, pejuang kini tunduk kepada dunia sebagai hamba. Dua sesi latihan yang berbeza, sudah tentu hasilnya tak sama.

Oleh itu, nilailah sendiri wahai manusia, di mana kedudukan kita? Apa keutamaan kita? Sayangnya, umat Islam hari ini malu dengan agamanya sendiri, akhirnya Islam dicemuh kerana sikap si Muslim.


Sumber: http://www.malaysiakini.com/columns/140685


Bismillahirrahmanirrahim,

INI cerita pengalaman seorang sahabat. Ia berlaku lama dahulu ketika dia masih menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi terkemuka di Selangor.

Setiap kali tiba Ramadan dan berkumpul untuk berbuka bersama, pasti cerita ini akan meniti di bibir rakan-rakan yang pernah tinggal sebilik dengannya.

Entahkan ujian atau gurauan alam, dua kali Ramadan di kampus tersebut, dia mengalami perkara yang sama.

Sahabat ini, biar dinamakan Aida sahaja, memang gemar mengaji al-Quran. Ada waktu terluang, pasti kitab suci itu yang akan menjadi temannya.

Menjadi amalan rutin selepas bersolat tarawih di masjid berhampiran, Aida akan meluangkan masa kira-kira sejam untuk membaca al-Quran.

Suatu malam, seperti biasa, Aida duduk di satu sudut di dalam masjid.

Sudah bertahun, semenjak semester pertama lagi, tempat itu menjadi kegemarannya.

Jauh daripada laluan orang ramai dan agak sunyi untuknya menghayati ayat-ayat suci tersebut tanpa gangguan.

Setelah beberapa minit membaca, Aida perasan ada seseorang yang duduk di belakangnya.

Dia sendiri tidak sedar sudah berapa lama wanita berbaju putih itu duduk betul-betul di belakangnya.

Tanpa mempedulikan wanita yang memakai tudung seperti wanita Arab itu, Aida meneruskan bacaan.

Apa yang pasti, wanita itu hanya menunduk setiap kali Aida mengerling ke arahnya.

Cuma, cerita Aida, dia terasa pelik kerana wanita itu mengikut bacaannya dalam nada perlahan namun masih jelas di telinga Aida.

Dibiarkan saja wanita itu begitu. Lagipun, getus hati Aida, suaranya cukup merdu. Tapi apabila ada bacaan Aida yang tidak kena, wanita itu akan menegur.

Imbas Aida, wanita itu akan membaca semula ayat yang salah tadi dan membetulkannya tetapi dalam nada tegas.

Meskipun hairan, Aida mengikut sahaja bacaan seperti yang dibetulkan oleh wanita itu.

Aida sendiri langsung tidak terasa hendak menoleh ke belakang lagi.

Setelah hampir satu jam lebih dan bacaan juzuk itu berakhir, Aida menutup al-Quran dan berpaling untuk berterima kasih pada wanita itu.

Alangkah terkejutnya dia kerana tiada sesiapa pun di belakangnya. Apa yang tinggal hanya bauan wangi di tempat duduk wanita itu.

Setahun berlalu dan Ramadan kembali. Aida masih dengan rutinnya membaca al-Quran sementelah tahun tersebut, dia mengambil beberapa subjek berkaitan pengajian dan tafsir al-Quran.

Hinggalah satu malam, dia seolah-olah dikejutkan untuk bangun bersolat malam dan bertahajud.

Mula-mula Aida menganggap ada rakan sebilik yang menarik ibu jari kaki kanan atau berbisik di telinganya agar dia bangun pada pukul 3.30 pagi.

Anggapannya meleset kerana apabila ditanya, tiada seorang pun rakan yang mengaku mengejutkan Aida.

Sejak itu, dia merupakan orang yang paling awal bangun sama ada untuk bersahur atau solat Subuh.

Ujar Aida, mahu memikirkan hantu, ia hanya berlaku pada bulan Ramadan, yang lazimnya hantu, iblis dan syaitan didakwa dibelenggu pada bulan mulia itu.

Bagi menyedapkan hati, Aida menganggap wanita yang mengaji bersamanya itu adalah jin Islam yang sama-sama mahu menghayati kalam suci itu.

Kali terakhir penulis berjumpa Aida, dia masih ditemani wanita tersebut pada waktu tertentu sepanjang bulan Ramadan.

Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm



Bismillahirrahmanirrahim,


Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..sunnah Nabi SAW jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah. Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. InsyaAllah.

Untuk makluman semua, kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad SAW berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis

2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari

1] jari tengah

2] jari telunjuk

Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian, cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

P/S : Saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadith pun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

wallahu a'lam.

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!