Ahli-ahli panel..

Bismillahirrahmanirrahim...


Pada 2hb Ogos 2009 bersamaan pada hari Ahad, saya telah menghadiri satu persidangan bertajuk "The Strunggle for Islam and the Call for Khilafah" yang di anjurkan oleh Parti Liberal Britain iaitu Hizb ut-Tahrir Britain. Persidangan ini mendapat sambutan yang hangat dari kalangan penduduk Islam Britain. Persidangan ini juga di buat terus melalui 'live stream' di mana dapat di tonton secara 'online' di seluruh dunia.

Persidangan ini bermula pada jam 11.45am, di mulai dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Selepas itu pada 12.05-12.20am, Pengerusi Majlis iaitu Dr Abdul Wahed memulakan ucapan beliau mengenai agenda global sekarang ini yang di ketuai oleh Amerika dan Eropah untuk menghalang Islam dari membangun dan tegak berdiri dalam dunia Muslim. Mereka juga dengan secara tiba-tiba menyerang kepentingan Islam, Syariah dan juga Akidah Islam. Pengerusi majlis juga telah memberikan penerangan bagaimana perkara seperti ini berlaku dan panduan bagaimana Muslim perlu memberikan tindakan.

Selepas itu, pada jam 12.25-12.50am, perucap pertama iaitu Sajjad Khan memberikan ucapan yang bertajuk "The Need for a New Politics in the Muslim world", ianya berkenaan perbelanjaan yang melampaui batas oleh MP dan seluruh Ibu Parlimen British dan ini menunjukkan bertapa banyak rasuah dalam sistem kapitalis demokratik. Sistem politik dalam Islam juga adalah salah satu bentuk peniruan replika sistem kapitalis politik. Di sini, Sajjad Khan juga menerangkan bagaimana beliau akan membentuk satu sistem untuk politik baru yang berpandukan kepada Sunnah Nabi Muhammad saw iaitu Negeri Khilafah di mana politik adalah bergantung kepada kebertanggungjawaban kepada masyarakat, peraturan undang-undang dan keadilan.

Selepas itu, pada jam 12.55-13.20am, perucap kedua iaitu Taji Mutapha memberikan ucapan yang bertajuk "A Special Address to the Muslim Youth", ianya berkenaan di mana belia Muslim sekarang berhadapan dengan penyerang ke atas Islam. Dalam kata kunci di sini beliau cuba menerangkan bagaimana belia Islam adalah sentiasa menjadi kunci pada masa depan Ummah nanti. Beliau juga memberitahu bahawa belia Islam perlu menjadi salah seorang yang di mana secara rahsia membawa dakwah Islam dalam persatuan dengan mengikuti contoh seperti Sahabat r.a, meskipun semua propaganda dan penindasan berdiri dengan gagah bersama dengan Nabi Muhammad saw di Mekah. Dalam erti kata lain, Nabi Muhammad saw sanggup berhadapan dengan semua propaganda Kafir dalam menyebarkan dan menegakkan Islam.


Dr Nasreen Naswab ketika memberikan ucapan..

Selepas itu, pada jam 14.40-15.05pm, perucap ketiga iaitu Dr Nasreen Naswab memberikan ucapan yang bertajuk "To Cover or Not to Cover-Unveiling the smokescreen on Women's lib". Beliau menerangkan selepas Sarkosy serang berkaitan tudung/hijab, terdapat kesungguhan lain oleh media asing terhadap hijab dan wanita Muslim. Di sini Dr Nasreen juga mendedahkan frasa liberalisasi wanita di Barat dan menghuraikan bagaimana Islam benar-benar memudahkan wanita pada 1400 tahun yang lampau Iaitu tiada paksaan dalam Islam). Dr Nasreen juga mengariskan peranan penting yang perlu di mainkan oleh wanita Islam dalam menghadapi kekuatan untuk Islam di barat.


Jamal Harwood ketika berucap mengenai ekonomi dan penyelesaiannya..

Selepas itu, pada jam 15.10-15.35pm, perucap keempat iaitu Jamal Harwood memberikan ucapan yang bertajuk "A New Economic Model for the Muslim World". Di sini beliau menerangkan bahawa bencana kejatuhan ekonomi mendedahkan kapitalis ekonomi adalah sumber ketidakstabilan, ketidakadilan dan berlaku kemiskinan berleluasa di seluruh dunia. Dalam sesi ini juga, Jamal Harwood menerangkan siri praktikal menangani masalah ekonomi yang di persoalkan oleh orang ramai dalam bentuk yang berlainan dalam demostrasi dunia Muslim, bagaimana Islam dan Negeri Khilafah adalah penyelesaian yang benar kepada global krisis kewangan.


Penerangan mengenai Sistem Khilafah dalam Islam..

Akhir sekali, huraian penutup persidangan ini mengariskan bagaimana untuk mengukuhkan Negeri Islam, Khilafah, adalah pendedahan yang berlaku dalam dunia umat Muslim pada sekarang ini. Perkara yang perlu untuk mengukuhkan Negeri adalah berdasarkan kepada Sunnah Nabi Muhammad saw, di mana tiada kekejaman intelektual dan kekuatan politik untuk mengukuhkan Deen di Madinah. Ini adalah tindakan yang umat Islam perlu ikuti jika mahu berjaya. Muslim di barat mempunyai ruang untuk memainkan peranan dalam kekuatan idea di barat dan menyokong ruang kerja dalam mengukuhkan Negeri dalam dunia Muslim. Insha'Allah..


Buku-buku yang di jual sewaktu persidangan...

Buku-buku yang di jual di sini hanya berharga £3 je..murahkan..

Salah satu buku yang sempat saya belek dan beli...







P/S: Semua buku-buku ini sangat menarik, klu berminat nk baca belilah, xmahal pun dan harga baru je £3. Berbelanjalah pada jalan yang di redhai Allah swt..Selamat membeli dan membaca... ;-)