Beberapa panduan menurut Islam diberikan dalam memilih pasangan hidup hendaklah yang mempunyai pegangan agama. Kritetia wanita beragama ialah yang solehah. Ia termasuk juga elok paras rupa, taat, baik dan amanah.
Rasulullah SAW bersabda dengan maksud: “Wanita dikahwini kerana empat perkara iaitu hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama, mudah-mudahan kamu akan terpelihara dan bahagia.” (Al-Bukhari, Muslim).
Selain itu, hendaklah memilih wanita yang bersifat penyayang dan subur. Rasulullah SAW bersabda lagi: “ Kahwinilah wanita yang bersifat penyayang dan subur. Maka sesungguhnya pada hari Kiamat kelak aku berbangga dengan banyaknya bilangan kamu.” (Sabiq 2000, II: 14-15)
JAMBATAN SIRATUL MUSTAQIM DI ATAS NERAKA
0 comments Posted by القيسية (Al Qaysiyya) at Thursday, May 29, 2008Setiap umat manusia yang menuju ke syurga akan meniti Siratul Mustaqim yang terbentang di atas permukaan neraka. Neraka tempat dijanjikan Allah pada manusia yang mengingkari larangannya.
Neraka itu amat dahsyat seksaan yang dijanjikan juga terlalu menyakitkan buat manusia. Malang bagi manusia yang tidak melepasi sirat dan terjatuh ke neraka.
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik berkata: Jibrail datang kepada Nabi SAW dengan keadaan wajahnya yang tidak seperti biasa hingga ditanya Rasulullah: “Mengapa aku melihat kau berubah muka?”
Jawabnya: “Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui neraka Jahanam itu benar, dan seksa kubur itu benar, dan seksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia berasa aman daripadanya.”
Lalu Nabi SAW bersabda: “Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahanam.”
Jawabnya: “Ya. Ketika Allah menjadikan Jahanam, maka dinyalakan selama 1,000 tahun, sehingga merah. Kemudian dilanjutkan 1,000 tahun sehingga putih. Kemudian 1,000 tahun sehingga hitam. Maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panasnya.
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam al-Quran itu diletakkan diatas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ketujuh.
Demi Allah, andaikan seorang di hujung barat terseksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana panasnya.
Jahanam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.
“Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari-Ku. Tahukah kamu neraka jahanam-Ku itu:” (dari Hadith Qudsi)
Neraka Jahanam itu mempunyai tujuh tingkat. Setiap tingkat ada 70,000 daerah. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung. Setiap kampong ada 70,000 rumah. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak. Setiap kotak mempunyai 70,000 pokk zarqum.
Di bawah setiap pokok zarqum ada 70,000 ular. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat. Dan juga, dibawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat.
Sifat malaikat penjaga neraka itu diterangkan Allah SWT dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud: “Sedang penjaganya malaikat yang kasar lagi keras”.
Wallahualam.