Pengkhianat Islam zaman moden.



Bismillahirrahmanirrahim,

BAITULMUQADDIS - Anak pemimpin Iran yang telah digulingkan dan kini berada dalam buangan, Putera Reza Pahlavi (gambar) meminta supaya Israel tidak mengebom negaranya, sebaliknya dia mahu rejim Zionis membantu pihak pembangkang di Iran. Pahlavi berkata demikian dalam satu temubual yang disiarkan oleh televisyen Israel, Channel 10 TV semalam. Bercakap dari rumahnya di Washington, Amerika Syarikat (AS) beliau menegaskan bahawa mengebom Iran hanya memberi manfaat kepada pemerintah revolusi Iran.

Pahlavi juga meminta bantuan Israel dengan menyatakan, negara Yahudi itu sepatutnya menggunakan teknologi dan kewangan untuk tujuan lain. Bapanya, Mohammed Reza Pahlavi mempunyai hubungan baik dengan Israel sebelum beliau digulingkan dalam Revolusi Islam pada 1979. Israel dan Barat percaya, Iran cuba untuk membangunkan senjata nuklear.

Israel yang bimbang senjata nuklear Iran mengancam kewujudannya menyatakan, ia akan menyerang negara itu sekiranya usaha diplomasi dan sekatan gagal. Pusingan baharu rundingan antara Barat dan Iran dijangka bermula minggu ini di Turki.

Pahlavi yang menyifatkan rejim Iran sekarang sebagai fanatik menyatakan, rakyat Iran akan menghargai bantuan Israel berbanding serangan ke atas tapak-tapak nuklear yang boleh mencetuskan perang besar di rantau terbabit. - Agensi

0 Responses