Rasulullah pernah menyarankan supaya memakan secubit garam pada awal dan akhir setiap kali minum dan makan. Baginda berkata "Sesiapa yang memulakan minum dan makan dengan memakan secubit garam ALLAH akan hindarkan 330 jenis penyakit, yang paling kurang ialah gila kusta, sakit perut dan sakit gigi. Yang bakinya diketahui oleh ALLAH sahaja".
Dengan mengambil secubit garam dan segelas air tubuh kita akan mencuci dengan sendirinya secara kesulurahan, sel-sel badan akan dikembalikan, semua proses kehidupan akan diharmonikan, disusun dan dikuatkan semula: dan banyak penyakit moden akan lenyap dalam masa itu dan dengan itu kehidupan kita akan menjadi lebih baik dan sihat.
Hadis riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya, dari Anas bin Malik, Nabi bersabda "Penghulu segala lauk pauk kamu adalah garam".
Hadis riwayat Ibnu Majah, "Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam".
Hadis riwayat Al-Bazzar, "Garam menjadi amalan pemakanan Rasulullah SAW. Mengikut kajian pakarsains pemakanan, garam mempunyai pelbagai khasiat. Ia amat berbeza dengan garam biasa yang boleh menyebabkan penyakit darah tinggi dan sebagainya. Amalkan minum & makan dengan garam kerana ia adalah sunnah Rasulullah SAW".
Khasiat Garam:-
- Melancarkan sistem penghadaman.
- Meneutralkan asid-asid berlebihan / toksin / angin.
- Merangsang keseimbangan metabolisme badan.
- Mengimbangi selera makan.
- Membantu mengatasi masalah saraf dan kekejangan otot.
- Mengelakkan keracunan makanan.
- Gastrik, sembelit, cirit-birit, sakit tekak, gangguan suara, keletihan, kelesuan, rasa mengantuk dan daya kensentrasi.
Ambil secalit garam menggunakan jari manis dari bekasnya, letak diatas lidah dan minum air. Amalkan sebelum dan selepas minum dan makan.
*Insha'Allah akan dapat menghidari 330 jenis penyakit, kusta, gila, sakit gigi, keracunan, sakit kepala, melancarkan sistem penghadaman secara semulajadi dan selebihnya hanya ALLAH SWT yang mengetahui ( cara perubatan Rasulullah SAW).
Post a Comment