WARGA ASING SEMAKIN MELAMPAU….!!

24 Mei 2008, 4.15pm – Tarikh keramat ini mungkin akan saya ingati sampai bila2 dan pada tarikh ini lah saya melihat dengan mata kasar saya macam mana perilaku warga asing ini di Malaysia sekarang.

Kisahnya bermula ketika saya hendak ke office pada petang itu. Selalunya saya akan membawa scoot saya untuk ke office, tapi hari itu mood saya beralih arah untuk menaiki bas ke sana. Bermula saya naik bas dari Ampang ke kotaraya. Saya masih ingat lagi bas Metro bernombor 79 yang saya naiki dengan bayaran hanya RM2.

Pada mulanya saya naik bas tu xla penuh sangat, tapi bila dah sampai Ampang Point bukan main la penuh. Bas penuh bukan kerana penumpang awam yang naik, tapi warga asing yang berpusu-pusu naik ke dalam bas itu, semakin sesak bas yang saya naiki. Kebanyakkan yang saya lihat menaiki bas itu adalah warga Filipina, Indonesia, dan lain2, termasuklah saya warganegara Malaysia.

Nak dijadikan cerita, bas yang saya naiki tu lalu jln Ampang, sampai nak dekat satu jam saya duduk kat dalam bas tu sebab jln jem. Ampang memang terkenal dengan jln yang jem sampai hari cuti pun jln jem jugak. Sehinggalah bas yang saya naiki tu berhenti kat KLCC nak turunkan penumpang dan ambil penumpang. Saya lihat bukan main la ramai orang berpusu-pusu nk keluar dan naik bas…

Tiba-tiba saya telah dikejutkan dengan situasi yang saya sendiri xpercaya di hadapan mata saya, dimana semua warga Filipina ni membuat kesesakan dalam bas dan salah seorang dari warga asing Filipina ini memegang duit yang banyak, kemungkinan dalam lingkungan RM2000. Saya pun terfikir kenapa dia ambil duit tu dari seorang wanita muslim dan kenapa mereka berkumpul sambil bersesak-sesak dalam bas. Saya berfikir dan mushkil lagi..saya berfikir dan terus berfikir..

Tiba-tiba ada 2 orang warga asing Indonesia ni naik bas yang sama saya naiki dan mereka duduk dibelakang saya. Dan tiba-tiba saya terkejut lagi, terdapat bunyi bising sangat dekat belakang saya, macam ada orang menjerit..saya pun rasa cemas jugak, sebab orang indonesia tu macam nak lepaskan diri dari warga asing Filipina ni. Bayangkan kelompok warga Filipina yang saya lihat ni seramai 8 orang tahan warga asing Indonesia ni.

Saya memang dah dapat agak dah,.dan dapat jangka kan yang orang Filipina ni tengah menyamun (merompak) warga asing Indonesia ni dengan mengunakan pisau. Mungkin sekeliling saya xperasan sebab mereka ni dikepung sesame sendiri. Hanya tuhan jelah yang tahu apa yang saya rasa masa tu, xdapat saya nak gambarkan situasi yang saya alami dimana tempat yang saya duduk tu pun ada warga asing Filipina.

Masa tu saya rasa macam nak turun je dari bas tu, tapi akal saya berkata jangan. Duduk je dalam bas, kalau ada apa2 bertindak je terus dengan menjerit. Masa tu saya bertawakal je kepada Allah s.w.t, kalau apa2 terjadi pada saya, saya nekad untuk gunakan skill yang saya telah pelajari.

Alhamdulilah, mereka xapa2 kan saya,.sampai je di Bandar KL warga asing Filipina ni terus turun selepas berjaya menyamun warga asing Indonesia ni tadi.

Saya pun apa lagi, mengucap panjang sambil termenung memikirkan kejadian yang berlaku depan mata saya tadi. Sehinggalah perjalanan saya ke office saya asyik memikirkan kejadian tu berulang kali. Saya terfikir, macam mana boleh berlaku situasi macam tu tanpa kawalan.

Inilah bila dah terlalu ramai warga asing yang dibawa masuk oleh kerajaan, sehingga xterkawal. Saya lihat banyak kes-kes jenayah semua melibatkan warga asing. Xkisah lah kes mencuri, merompak, gaduh, dan lain2 lagi semua melibatkan warga asing. Yang menjadi mangsanya adalah orang awam dan warganegara sendiri.

Kepada mereka diluar sana, bila nak kemana mana pastikan diri telah dibekalkan dengan seni2 mempertahankan diri, bagi yang xmempelajarinya bawa benda2 yang tajam dalam beg supaya bila berjalan berseorangan tidak terlalu takut untuk menghadapi situasi tu. Jangan hanya sekadar bertawakal je tidak cukup, tapi perlu berusaha untuk mempertahankan diri dari ancaman. Di sini saya boleh simpulkan bahawa :

P/S : Kerajaan patut kurangkan pengambilan pekerja warga asing dan perketatkan sistem kawalan keluar masuk warga asing supaya tidak berlaku kejadian2 yang boleh merosakkan kemakmuran awam. (setuju atau tidak terpulang, jangan sampai nasi sudah menjadi bubur)

0 Responses