10 Gangguan Syaitan Ketika Solat
0 comments Posted by القيسية (Al Qaysiyya) at Saturday, September 18, 2010Antara gangguan itu adalah:
Saat membaca takbiratul ihram, 'Allahu Akbar', seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah. Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.
Ibnu Qayyim berkata, "Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat". Was-was itu membuat mereka terseksa.
2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat.
Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil 'Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah." Rasulullah menjawab, "Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib.
"Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku" (Hadis Riwayat Muslim).
3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan
Abu Hurairah r.a berkata, "Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan
Abu Hurairah berkata, "Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan.
Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi.
Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya,'Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!' Sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat ia solat." (Hadis Riwayat Bukhari).
5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat
Ibnu Qayyim berkata: "Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Tidak ada ketenangan atau thuma'ninah. Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah.
Rasulullah bersabda kepadanya, "Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma'ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri.
Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma'ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
6) Melakukan gerakan yang tidak perlu
Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat.
"Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah". Orang itu bertanya, "Apa yang dilakukannya? "Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. "Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w," kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).
7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat
Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat ke kiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu, selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, "Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat". Rasulullah menjawab, "Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba." (Hadis Riwayat Bukhari).
8) Menguap dan mengantuk
Rasulullah bersabda bermaksud: "Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah." (Hadis Riwayat Thabrani).
Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, "Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata 'ha...' bererti syaitan tertawa dalam mulutnya" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
9) Bersin berulang kali ketika solat
Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas'ud, "Menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan." (Riwayat Thabrani).
Ibnu Mas'ud berkata, "Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara."
10) Terasa ingin buang angin atau buang air
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya" (Hadis Riwayat Muslim).
Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka. Semoga kita semua dibebaskan Allah daripada gangguan berkenaan.
Bagi yang berasakan gangguan itu, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.
Pantang DiTanya Terus Berfatwa
0 comments Posted by القيسية (Al Qaysiyya) at Friday, September 03, 2010Suatu ketika Amirul Mukminin 'Umar bin al-Khattab keluar menuju ke Syam bersama-sama sejumlah teman-temannya termasuk Abu 'Ubaidah al-Jarraah. Kemudian mereka tiba di tebing sungai. 'Umar turun dari untanya, kemudian menanggal dan meletakkan kasutnya di bahu. Lalu ditarik tali kekang untanya sambil menyeberangi sungai tersebut.
'Umar bin al-Khattab seraya berkata: "Sekiranya yang berkata seperti ini, orang selain darimu, nescaya aku akan memukulnya sebagai pengajaran ke atas umat Muhammad. Dahulu kita merupakan kaum yang hina, kemudian Allah muliakan kita dengan Islam. Oleh itu, apa jua usaha untuk mencari kemuliaan selain Islam, maka Allah akan meletakkan kita dalam kehinaan." (riwayat al-Hakim)
Tidak hairanlah jika manusia seperti ini ditakuti syaitan, sebagaimana sabda Nabi Muhammad, maksudnya: "Jika syaitan bertemu denganmu di suatu jalan, nescaya dia akan memilih jalan yang lain." (hadis riwayat al-Bukhari).
Bagi 'Umar bin al-Khattab agama Islam merupakan satu kemuliaan paling besar dalam seluruh kehidupannya. Beliau menampilkan Islam bukan sahaja pada perwatakan peribadi bahkan dalam urusan politik, ekonomi, ketenteraan, sistem pentadbiran dan muamalat. Inilah bukti bahawa kehidupan 'Umar sesuai dengan fitrahnya iaitu Islam.
Sabda Nabi Muhammad, maksudnya: "Tiada satu pun anak yang lahir kecuali dilahirkan dalam keadaan fitrah. Orang tuanyalah yang menjadikan dia yahudi, nasrani atau majusi." (hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kekuatan bukan pada kuantiti
Apabila Islam dimuliakan pasti Muslim beroleh kejayaan. Tetapi apabila Islam dipinggirkan pasti Muslim beroleh kehinaan. Sejarah telah membuktikan ketika pemerintah 'Umar, empayar Islam berkembang dengan pesat; Mesopotamia, Syam, empayar Parsi, Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara dan Armenia berjaya ditawan olehnya. Sebanyak 1036 bandar ditawan dan 4,000 masjid dibina.
Kekuatan umat Islam pada ketika itu terbukti apabila berlaku peperangan Yarmuk menyaksikan tentera Islam yang berjumlah 40,000 orang telah berjaya menumpaskan tentera Byzantine yang berjumlah 120,000 orang. Hanya berbekalkan iman dan takwa mereka berjaya. Jelaslah bahawa kekuatan sebenar bukan terletak pada kuantiti sebaliknya pada kualiti seorang pejuang.
Ibnu Kathir ketika menafsirkan ayat ini berkata: "Janji Allah pasti benar, dan sesungguhnya pertolongan dari Allah tidaklah bergantung kepada kuantiti atau kelengkapan perang". (Tafsir al-Quran al-'Adzhim). Maksudnya, apabila Allah menghendaki kemenangan sesuatu golongan, maka ia pasti berlaku walaupun jumlah mereka kecil atau kelengkapan mereka kurang.
Hari ini, jumlah atau kuantiti menjadi satu medium penting manusia untuk mencapai apa yang dicita. Politik hari ini sentiasa cintakan jumlah. Kukuhnya ekonomi juga bergantung kepada jumlah. Kekuatan tentera hari ini turut bergantung kepada jumlah.
Tetapi manusia lupa tingkatkan jumlah iman di hati. Menyebabkan segala jumlah yang ada sia-sia. Tiada usaha untung menghitung jumlah iman. Seruan untuk iman hanyalah selingan, dunia diberi keutamaan dan kemenangan sering didoakan. Jika keadaan seperti ini berterusan, bagaimana nak harapkan bantuan Allah ke atas kalian? Agama seolah-olah hak ekslusif.
Bantuan Allah datang bersyarat, firman-Nya, bermaksud: "jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (surah Muhammad, 47:7)
Penolong agama Allah pasti akan dibantu, bahkan akan diperkukuhkan kedudukannya di atas muka bumi. Bantuan yang Allah janji pasti kekal abadi, bantuan manusia hanyalah drama bersifat sementara. Jika kita beriman pada ayat di atas, bertanyalah; Apa ada pada jumlah jika kualitinya tiada?
Sebagai contoh, jumlah ahli parti yang ramai tetapi tidak berilmu, maka perjuangan tidak akan konsisten. Penulis tidak nafikan bahawa sebahagian daripada mereka ikhlas dalam membantu parti masing-masing, tetapi jika keikhlasan tersebut tidak dianyam dengan dengan ilmu pengetahuan, maka kegagalan bakal tiba.Sebahagian yang berilmu pula fanatik dan berminda sempit. Mana mungkin perpaduan terhasil. Bahkan mereka menjadikan agama seolah-olah hak ekslusif. Agama milik kami. Apa yang kamu lakukan bukan Islam, apa yang kami laksanakan semua Islam. Itulah perkataan-perkataan sumbang bukti kedangkalan mereka. Dan yang membimbangkan lahirnya ideologi neo-khawarij, apabila wujud sikap kafir mengkafir dan sering mencari kesalahan orang lain.
Paling bermasalah adalah yang tidak berilmu mengaku berilmu, pantang ditanya terus berfatwa. Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kenyataan seorang tokoh ilmuan tersohor di Malaysia: "tindakan Perlis keluar dari jamaah dan mengambil jalan sendiri kononnya mengembangkan Islam tanpa mazhab adalah salah dan mesti ditentang."
Perlembagaan negeri Perlis sebenarnya menyatakan ketidakterikatan dengan mana-mana mazhab. Maksudnya, Perlis menerima semua mazhab Ahli Ssunnah wal Jamaah. Perlis menerima Mazhab Hanafi, Maliki, Syafie, Hanbali dan seluruh mazhab-mazhab yang dipelopori oleh Ahlu Sunnah. Bahkan, perlembagaan ini tidak bercanggah dengan mana-mana artikel dalam perlembagaan persekutuan.
Ini menunjukkan bahawa Perlis mengamalkan dasar terbuka dan menghormati semua ulama. Penulis tidak bermaksud menyentuh perlembagaan negeri lain. Itu terpulang kepada hak masing-masing. Yang paling penting perlu ada sikap hormat-menghormati antara satu dengan yang lain walau berbeza pandangan. Jangan kerana kejumudan ia membawa kepada perpecahan tercela.
Malu dengan agama sendiri
Hal ini mengingatkan penulis kepada satu hadis Nabi, maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan ilmu (di atas dunia) dengan mengangkatnya. Sebaliknya, Allah menghilangkan ilmu dengan mematikan ulama. Lalu manusia melantik si jahil sebagai ketua mereka, kemudian ditanya soalan kepada si jahil. Maka si jahil mengeluarkan fatwa tanpa ilmu, maka dia telah sesat lagi menyesatkan." (hadis riwayat al-Bukhari).
Oleh itu, sekiranya jumlah yang banyak tidak diisi dengan ilmu akidah, ibadah dan akhlak, maka kejayaan sesuatu kaum hanyalah mimpi yang indah. Inilah janji Allah Ketiga-tiga elemen ini hendaklah disekalikan agar wujud kader-kader yang mantap. Tinggalkan sikap berilmu tapi tidak berakhlak, atau berakhlak tetapi tidak berilmu.
Jika rasa takut pada manusia kita dahulukan, maka kita akan mengutamakan jumlah kekuatan, persiapan dan kelengkapan senjata. Tetapi jika rasa takut pada Allah kita utamakan, maka usaha untuk melahirkan pejuang-pejuang yang ikhlas, beriman lagi beramal soleh lebih dititikberatkan. Oleh itu rasa takut yang mana perlu kita dahulukan? Ingat, janji Allah bersyarat. Hairan, di mana iman umat Islam pada ayat-ayat Allah?
Pejuang terdahulu dilatih dengan iman dan takwa, pejuang kini dilatih dengan harta dan kuasa. Pejuang dahulu ikhlas kerana agama, pejuang kini menjunjung dunia. Pejuang dahulu tewas sebagai syuhada, pejuang kini tunduk kepada dunia sebagai hamba. Dua sesi latihan yang berbeza, sudah tentu hasilnya tak sama.
Oleh itu, nilailah sendiri wahai manusia, di mana kedudukan kita? Apa keutamaan kita? Sayangnya, umat Islam hari ini malu dengan agamanya sendiri, akhirnya Islam dicemuh kerana sikap si Muslim.
Sumber: http://www.malaysiakini.com/columns/140685
Bismillahirrahmanirrahim,
INI cerita pengalaman seorang sahabat. Ia berlaku lama dahulu ketika dia masih menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi terkemuka di Selangor.
Setiap kali tiba Ramadan dan berkumpul untuk berbuka bersama, pasti cerita ini akan meniti di bibir rakan-rakan yang pernah tinggal sebilik dengannya.
Entahkan ujian atau gurauan alam, dua kali Ramadan di kampus tersebut, dia mengalami perkara yang sama.
Sahabat ini, biar dinamakan Aida sahaja, memang gemar mengaji al-Quran. Ada waktu terluang, pasti kitab suci itu yang akan menjadi temannya.
Menjadi amalan rutin selepas bersolat tarawih di masjid berhampiran, Aida akan meluangkan masa kira-kira sejam untuk membaca al-Quran.
Suatu malam, seperti biasa, Aida duduk di satu sudut di dalam masjid.
Sudah bertahun, semenjak semester pertama lagi, tempat itu menjadi kegemarannya.
Jauh daripada laluan orang ramai dan agak sunyi untuknya menghayati ayat-ayat suci tersebut tanpa gangguan.
Setelah beberapa minit membaca, Aida perasan ada seseorang yang duduk di belakangnya.
Dia sendiri tidak sedar sudah berapa lama wanita berbaju putih itu duduk betul-betul di belakangnya.
Tanpa mempedulikan wanita yang memakai tudung seperti wanita Arab itu, Aida meneruskan bacaan.
Apa yang pasti, wanita itu hanya menunduk setiap kali Aida mengerling ke arahnya.
Cuma, cerita Aida, dia terasa pelik kerana wanita itu mengikut bacaannya dalam nada perlahan namun masih jelas di telinga Aida.
Dibiarkan saja wanita itu begitu. Lagipun, getus hati Aida, suaranya cukup merdu. Tapi apabila ada bacaan Aida yang tidak kena, wanita itu akan menegur.
Imbas Aida, wanita itu akan membaca semula ayat yang salah tadi dan membetulkannya tetapi dalam nada tegas.
Meskipun hairan, Aida mengikut sahaja bacaan seperti yang dibetulkan oleh wanita itu.
Aida sendiri langsung tidak terasa hendak menoleh ke belakang lagi.
Setelah hampir satu jam lebih dan bacaan juzuk itu berakhir, Aida menutup al-Quran dan berpaling untuk berterima kasih pada wanita itu.
Alangkah terkejutnya dia kerana tiada sesiapa pun di belakangnya. Apa yang tinggal hanya bauan wangi di tempat duduk wanita itu.
Setahun berlalu dan Ramadan kembali. Aida masih dengan rutinnya membaca al-Quran sementelah tahun tersebut, dia mengambil beberapa subjek berkaitan pengajian dan tafsir al-Quran.
Hinggalah satu malam, dia seolah-olah dikejutkan untuk bangun bersolat malam dan bertahajud.
Mula-mula Aida menganggap ada rakan sebilik yang menarik ibu jari kaki kanan atau berbisik di telinganya agar dia bangun pada pukul 3.30 pagi.
Anggapannya meleset kerana apabila ditanya, tiada seorang pun rakan yang mengaku mengejutkan Aida.
Sejak itu, dia merupakan orang yang paling awal bangun sama ada untuk bersahur atau solat Subuh.
Ujar Aida, mahu memikirkan hantu, ia hanya berlaku pada bulan Ramadan, yang lazimnya hantu, iblis dan syaitan didakwa dibelenggu pada bulan mulia itu.
Bagi menyedapkan hati, Aida menganggap wanita yang mengaji bersamanya itu adalah jin Islam yang sama-sama mahu menghayati kalam suci itu.
Kali terakhir penulis berjumpa Aida, dia masih ditemani wanita tersebut pada waktu tertentu sepanjang bulan Ramadan.
Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm
Bismillahirrahmanirrahim,
Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..sunnah Nabi SAW jarang nak ikut ..
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.
Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.
Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.
Percayalah. Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. InsyaAllah.
Untuk makluman semua, kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..
Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad SAW berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk
Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
Perhatian, cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.
P/S : Saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.
DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....
((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:
لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)
Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadith pun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))
wallahu a'lam.
TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!
Hati-hati: Ketahui disebalik lagu Alejandro by Lady Gaga
2 comments Posted by القيسية (Al Qaysiyya) at Thursday, September 02, 2010Saya ingin berkongsi cerita ini bersama kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia. Moga kita dapat berhati-hati dengan lagu-lagu seperti ini. Harap-harap ia tidak menjadi siulan kita atau anak-anak kita. Amien Ya Robbal Alamien.
"Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan." (Al-Fatihah : 5)
Semoga apa yang nak saya sampaikan hari ini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua kaum Muslimin dan Muslimat khususnya kepada ummat Islam seluruh dunia, insha'Allah.
Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati. Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release. Banyak kontroversi tentang video ini. Masa nak tengok tu macam ragu-ragu jugak. Yelah video cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah. Tapi oleh sebab nak mengkaji
apa yang ada dalam video dia kali ni jadi saya mainkan jugak video dia. Jadi seperti yang disangka. Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet. Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh.
Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik. Saya akan cuba terangkan dari apa yang saya dah dapat di satu web. Rasanya ramai jugak yang dah tahu Lady Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati. Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah ke web ni http://mistisfiles.blogspot.com/ dan tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal. Ada penerangan sepenuhnya tentang Illuminati dan Freemason juga Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya terangkan lepas ni.
Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan. Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan. Kalau hanya dengar lagu mungkin tak banyak yang kita boleh tahu .Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video. Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda.
Alejandro?
memegang senjata di kemaluannya. Wajah dia nampak kosong, nampak bingung betul-betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya oleh Lady Gaga si illuminatist tak guna.
"She hides true love En su bolsillo. She's got a halo 'round her finger, around you." Maksud lirik ni pulak, A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan.
Selepas sahaja lirik tu, konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula. Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Lady Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu spirituality yang baru. Dalam video ni lebih menunjukkan yang Lady Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian (Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan?
Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain. Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui
dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan.
Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam, bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas dan tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romance. Jadi apa yang Lady Gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni Lady Gaga menolak iman Kristian dengan mengotori simbol dan menunjukkan yang dia ada satu kuasa spiritual lain. Hmm
lepas ni apa? Menghina Al-Quran dan Islam? Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah.
Sumber asal: vigilant citizen
"Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggunganjawabnya"(Al-Isra' 17:36)