NIKAHI WANITA YANG…………..

Beberapa panduan menurut Islam diberikan dalam memilih pasangan hidup hendaklah yang mempunyai pegangan agama. Kritetia wanita beragama ialah yang solehah. Ia termasuk juga elok paras rupa, taat, baik dan amanah.

Rasulullah SAW bersabda dengan maksud: “Wanita dikahwini kerana empat perkara iaitu hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama, mudah-mudahan kamu akan terpelihara dan bahagia.” (Al-Bukhari, Muslim).

Selain itu, hendaklah memilih wanita yang bersifat penyayang dan subur. Rasulullah SAW bersabda lagi: “ Kahwinilah wanita yang bersifat penyayang dan subur. Maka sesungguhnya pada hari Kiamat kelak aku berbangga dengan banyaknya bilangan kamu.” (Sabiq 2000, II: 14-15)

Setiap umat manusia yang menuju ke syurga akan meniti Siratul Mustaqim yang terbentang di atas permukaan neraka. Neraka tempat dijanjikan Allah pada manusia yang mengingkari larangannya.

Neraka itu amat dahsyat seksaan yang dijanjikan juga terlalu menyakitkan buat manusia. Malang bagi manusia yang tidak melepasi sirat dan terjatuh ke neraka.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik berkata: Jibrail datang kepada Nabi SAW dengan keadaan wajahnya yang tidak seperti biasa hingga ditanya Rasulullah: “Mengapa aku melihat kau berubah muka?”

Jawabnya: “Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui neraka Jahanam itu benar, dan seksa kubur itu benar, dan seksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia berasa aman daripadanya.”

Lalu Nabi SAW bersabda: “Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahanam.”

Jawabnya: “Ya. Ketika Allah menjadikan Jahanam, maka dinyalakan selama 1,000 tahun, sehingga merah. Kemudian dilanjutkan 1,000 tahun sehingga putih. Kemudian 1,000 tahun sehingga hitam. Maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panasnya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam al-Quran itu diletakkan diatas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ketujuh.

Demi Allah, andaikan seorang di hujung barat terseksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana panasnya.

Jahanam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.

“Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari-Ku. Tahukah kamu neraka jahanam-Ku itu:” (dari Hadith Qudsi)

Neraka Jahanam itu mempunyai tujuh tingkat. Setiap tingkat ada 70,000 daerah. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung. Setiap kampong ada 70,000 rumah. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak. Setiap kotak mempunyai 70,000 pokk zarqum.

Di bawah setiap pokok zarqum ada 70,000 ular. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat. Dan juga, dibawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat.

Sifat malaikat penjaga neraka itu diterangkan Allah SWT dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud: “Sedang penjaganya malaikat yang kasar lagi keras”.

Wallahualam.

AL-IKHLAS

Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"

Tafsirannya:

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum memulakan apa2 saja kerja kerana dengan bacaan ini
akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di
sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas
iaitu ayat:
( Qulhuwallahu Ahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. wa lam yakul
lahu kufuwan ahad ) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah
salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah, berilah
salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada
akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.


Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar
menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan
daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam
malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal
dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia
dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap
mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian
diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa
dua-tigaminit?
Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah
mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara
kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu
itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca
surah Al-Ikhlas 3 kali.

Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali
betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali
ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca
surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan
membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya
(Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas
360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000
tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak
12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga
ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana
kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah
tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari
bacaan kami ini kami berikan kpd orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik
ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi : Demi Allah yang jiwaku ditanganNya,
sesungguhnya Qul Huwallahu Ahad itu
tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di
sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap
malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap
malaikat Israfil a.s.

KISAH DALAM MULUT BAYI

Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Begini ceritanya... . Sahabat saya tu seorang guru di salah sebuah sekolah di Malaysia . Sahabat saya tu mempunyai
seorang kawan Cina yang sama mengajar macam dia. Kawan Cinanye kata , dia telah terbaca berita di akhbar Cina
baru-baru ini yang mengatakan ada seorang bayi cina baru saja lahir dalam keadaan mulutnye seperti
berjahit tapi takdelah kesan jahit. Cuma mulutnye tertutup rapat. Jadi doktor bersepakat untuk membedah bayi Cina tersebut. Ketika dalam pembedahan, mulutnye berjaya dibedah tapi ada sesuatu yang amat memeranjat yang berada di dalam mulut bayi tersebut... Nak tahu ape dia ??

Doktor yang membedah bayi tersebut telah menemui sehelai kertas kecil yang di dalam kandungannye bertulis
dalam tulisan cina..nak tahu tak ape kandungannye Didalam kertas tersebut telah menyebut dalam tulisan cina yang
berbunyi , "Ingatlah wahai manusia, sesungguhnye Hari Kiamat akan menjelma tidak lama lagi"

Maka terperanjat lah doktor cina tersebut sebab bayi tersebut memang sejak dilahirkan memang mulutnye tertutup. Jadi tiada bukti mengatakan ada orang yang meletakkan kertas kecil tersebut. Jadi memanglah terbukti bahawa kuasa Allah Yang Maha Besar menciptakan bayi tersebut sedemikian rupa untuk memberi maklumat kepada manusia tentang ketibaan hari kiamat..

Sesungguhnye Allah Maha Bekuasa untuk memberikan agar bertaubat... Jadi sesungguhnye Allah sebenarnye masih
sayangkan kita kerana telah memberi maklumat tersebut.
..
Adakah anda percaya ?

Dalam keadaan ini, cuba kita renungkan pada zaman Rasullulahs. a.w Allah telah memberikan petunjuk
kecil tentang tanda-tanda hari kiamat sejak zaman nabi-nabi dulu lagi.Contonhnye lelaki kawin sama lelaki.
Begitulah sebaliknye. Dan di dalam Al-Qur'an sendiri telah mengatakan bahawa tanda-tanda hari kiamat ialah apabila
orang Islam sendiri yang membenci Islam dan menentangnye. Ini telah terbukti pada zaman sekarang di Negara
kita.

Jadi secara amnye... sebenarnye hari kiamat akan menjelma tidak lama lagi tapi kita tak tahu bila. Cuma rasullullah ada menyebut hari kiamat akan datang pada hari Jumaat tapi tak tahu bila... Tapi kita hairan kenapa akhbar melayu tiada
berita ini. Ini adalah disebabkan pemerintah tak mahu akan menjadi kecoh di negara ! ini. Jadi sama-samalah
kita renungkan bersama sesungguhnye berita itu adalah merupakan satu bonus daripada Allah terhadap manusia agar
bersiap sedia... untuk menanti ketibaan hari kiamat...

Seperkara lagi ialah berkenaan salah satu tanda kiamat iaitu akan berlaku gempabumi di tiga tempat ... .timur tengah, barat dan timur. Waktu itu baru Turki dan Taiwan . Tup..tup.. Mexico di landagempabumi yang dasyhat juga seminggu.
Dan Allahyarham Ustaz Taha pernah berkata sekitar lima tahun lepas salah satu tanda kiamat akan berlaku
kekecohan di Indonesia dan Turki. Sama sama kita renungkan... buktinya jelas makin nyata dari hari ke
hari... .sabarlah menanti... ..sekian

Ini adalah keratan email yang dihantar oleh seorang rakan kepada saya..oleh itu menjadi tanggungjawab saya untuk edarkan pada semua.. sekian..Notis dlm Mulut Bayi (pernah disiarkan di sebuah akhbar berbahasa Cina)

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"

(Sabda Rasulullah SAW)

SATU AMALAN NILAINYA SYURGA....

Jangansengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas

kaki (selipar).

Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,

mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam

bekas yang pecah atau sumbing.

Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah

digunakan tidak berbasuh.

Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal

(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu

berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.

Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.



Jangan keluar rumah

tanpa niat untuk membuat kebaikan.

Takut-takut kita mati dalam

perjalanan.



Jangan pakai sepatu atau selipar yang

berlainan pasangan.

Makruh dan mewarisi kepapaan.



Jangan biarkan mata liar di perjalanan.

Nanti hati kita gelap

diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat

dosa kerana mati boleh datang

bila-bila masa.



Jangan ego untuk meminta maaf pada

ibu bapa dan sesama manusia

kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan

taulan. Nanti rosak persahabatan kita

hilang bahagia.



Jangan bakhil untuk bersedekah.

Sedekah itu memanjangkan umur

dan memurahkan rezeki kita.



Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.



Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah

ciri-ciri munafik dan

menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa

makhluk yang teraniaya

cepat dimakbulkan ALLAH.




Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.

Akhirat itu lebih utama

dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.


Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik

untuk hamba ciptaanNya.

TANGGUNGJAWAB KITA...!!

Pesan Professor Datuk Dr Harun Din
Al-Hafiz

Seperti yang kite ketahui... Negara kite
nie banyak
tugu... Antara yang famousnya
ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut
kat
langkawi dan sebagainya.. Tahukah
kawan2 bahawa pada tahun 1993,
Mufti
wilayah persekutuan telah mengeluarkan
fatwa bahawa " segala
tugu-tugu itu
serta pembinaannya adalah haram...
ciri-cirinya menyerupai
berhala...dan
melawatnya juga adalah haram.. "

Setelah fatwa itu
dikeluarkan, maka ia
digazetkan bermakna tindakan undang2
boleh dikenekan
kepada sesiapa yang
melawat tugu kebangsaan! Tetapi
sayang2... pihak
atasan tidak suka akan
keputusan itu maka disuruhnya pihak
mufti menarik
balik fatwa itu... Setelah
berbincang.. . Mufti tersebut tidak
mahu
menarik balik fatwa itu... Maka pihak
atasan telah menarik balik
gazet
tersebut maka apa yang tinggal ialah
fatwa sahaja... tiada tindakan
undang2
yang boleh diambil...
Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2
ini
boleh mendatang

syirik...



Beliau berkata... " bawalah dosa anda
sebesar
langit dan bumi kepada Allah dan
Allah mungkin akan mengampunkannya
tetapi
jika terdapat walau
sedikit/sebesar zarahpon dosa syirik
maka Allah tidak
akan mengampunkan orang
itu..."
dan kata beliau lagi... " walaupun
kita
tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita
'redha' atau tidak melakukan
apa2,
berdiam diri, maka kita juga akan
mendapat dosa tersebut iaitu dosa
syirik..."

Contoh kedua yang beliau utarakan dalam
perbincangan dosa
syirik ini ialah nama
negeri perlis iaitu perlis indera
kayangan
... "
Menurut kamus dewan...
indera bermaksud nama tuhan hindu
manakala kayangan
bermaksud tempat di
mana tuhan2 bersemayam.. . maka makna
sebenar ialah
perlis tempat tuhan hindu
bersemayam.. "

Menurut beliau... Nama perlis
ini juga
mendatangkan dosa syirik... Perkara
terakhir yang dibincangkan
ialah isu
perlembagaan negara...

Tahukah kawan2 bahawa...
Perlembagaan
Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawa
mana2 undang2 akan
terbatal dan tidak
boleh dipakai jika ia bertentangan
dengan undang2 yang
telah dinyatakan di
dalam perlembagaan termasuklah undang2
hudud... iaitu
undang2 yang dicipta oleh
Allah.

Kata beliau seterusnya..
..

Dosa syirik boleh
diakibatkan oleh...

1. Mempertahankan perlembagaan serta
undang2 ciptaan
manusia dan
membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan
Allah iaitu hudud
dll.

2. Menyokong mereka yang mempertahankan
perlembagaan.

3. Mereka
yang berdiam diri.

4. MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM
HUDUD ITU ZALIM
( BERMAKNA ALLAH JUGA
ADALAH ZALIM) NAUZUBILLAH.....!!!

P/S : INI ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA SEBAGAI UMAT ISLAM DALAM MENEGAKKAN KEADILAN UNTUK ALLAH.